Berita Utama

Jata negara: Mana maruah kita? Lambang negara terus dihina

Rakyat hilang kesetiaan kepada negara, hasut kepada khianat

BANGI, 7 Zulkaedah 1441H, Isnin – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengecam, sekeras-kerasnya tindakan biadab kumpulan yang bertindak di luar batasan menghina lambang rasmi jata negara.

Parti politik itu juga percaya, jika tiada tindakan tegas diambil masalah penghinaan terhadap identiti serta lambang negara akan berterusan berlaku.

Sehubungan itu, Naib Presiden BERJASA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman mendesak, pihak berkuasa segera bertindak sebelum keadaan menjadi kronik dan tidak mampu lagi dibendung.

“Memperlekehkan jata negara bukan sekadar bukti tiada taat setia kepada negara malah menghasut ke arah pengkhianatan.

“Dakwa semua yang terlibat. Benda ini bukan kali pertama…tiada maruah dah ke (kita),” soalnya dalam ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.

Sebelum ini, tular mengenai sebuah buku bertajuk ‘Rebirth Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’ kerana mempermainkan dan seolah-olah menghina jata negara pada kulit depan buku berkenaan.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu memaparkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai muka hadapan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close