Dunia

Kapal karam, Turki selamatkan 35 pencari suaka

Kapal didakwa dirosakkan oleh tentera Greek hingga karam

BALIKESIR, 7 Zulkaedah 1441H, Isnin – Pengawal Pantai Turki menyelamatkan 35 pencari suaka, selepas kapal dinaiki mereka karam di Laut Aegean, menurut sumber keselamatan pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Migran yang diselamatkan itu mendakwa kapal membawa mereka dirosakkan oleh anggota tentera Greek hingga menyebabkan ia karam di daerah Ayvalik di wilayah Balikesir.

Usaha mencari empat lagi penumpang yang hilang masih dijalankan, kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Turki menjadi pusat transit kepada pencari suaka yang mahu ke Eropah bagi mencari kehidupan baharu dan melarikan diri daripada peperangan dan penganiayaan.

Awal tahun ini, Turki membuka pintu kepada migran tanpa izin yang mahu menyeberang ke Eropah, menuduh Kesatuan Eropah gagal menepati janji mereka di bawah perjanjian migran 2016.

Turki ketika ini menjadi tuan rumah kepada lebih 3.7 juta pelarian Syria, menjadikannya negara pertama di dunia yang paling banyak memberi pelindungan kepada pelarian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button