Berita Utama

PRK Chini: 18 anggota polis undi awal esok

Proses undian disiar secara langsung menerusi Facebook SPR: Azhar

BANGI, 6 Zulkaedah 1441H, Isnin – Seramai 18 orang anggota polis akan mengundi esok sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pusat pengundian awal di Bilik Maklumat Balai Polis Chini akan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, sepanjang proses itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan sosial, amalan pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi serta saringa suhu akan dilaksanakan. 

“Video tatacara mengundi dalam kebiasaan baharu boleh ditonton melalui Facebook SPR atau pun Akademi Pilihan Raya.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang telah dilantik oleh SPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Azhar berkata, SPR juga akan menyiarkan proses pengundian itu secara langsung menerusi Facebook suruhanjaya berkenaan.

“Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada Hari Pengundian pada 4 Julai 2020 di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat Balai Polis Paloh Hinai. 

“SPR berharap para pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button