Pendapat

Rasulullah tak pernah sandar urusan tegak agama kepada kafir

Parti hari ini bertahaluf dengan kafir untuk kuasa lindungi agama

RASULULLAH ﷺ tidak pernah menyandarkan urusan menegakkan agama ini kepada orang kafir, walau sedikit pun.

Baginda hanya mengambil manfaat daripada sistem sosial sedia ada di Mekah untuk melindungi nyawa baginda dan para sahabat.

Urusan menegakkan agama tak sama dengan urusan melindungi nyawa, walaupun berkait rapat. Perbezaan itu ada kesannya pada hukum syarak.

Parti-parti hari ini bertahaluf dengan parti kafir untuk mendapatkan kuasa, atas alasan melindungi agama.

Ketahuilah, maslahah melindungi agama itu belum tentu terhasil, walaupun maslahah mendapatkan kuasa tercapai.

Kuasa bagi kita untuk melindungi agama, tapi kuasa bagi rakan tahaluf itu untuk melindungi hawa nafsu. Agama Islam dan hawa nafsu adalah dua jalan bertentangan hala.

Rasulullah ﷺ. guna pengaruh sosial individu kafir di Mekah hanya untuk melindungi nyawa. Bukan untuk melindungi agama (secara langsung), apatah lagi menegakkannya.

Jadi sesiapa yang nak berbahas tentang hukum tahaluf dengan parti politik kafir, kena jelas dahulu maqasid Allah Taala dan maqasid manusia dalam konteks politik kepartian di Malaysia sekarang.

Tak guna bahas syarat-syarat tahaluf jika maqasid manusia membatalkan maqasid Allah Taala.

Parti muslim yang orientasinya sejak dahulu berasaskan hawa nafsu sebagai habuan kuasa, sebenarnya sudah bertentangan hala tuju dengan hala tuju penegakan agama Islam.

Jikapun ada kebaikan untuk agama Islam, maka yang demikian itu hanya kebetulan. Islam tidak ajar kita berpaut pada kebetulan.

Nota: Tulisan ini bukan bertujuan mengharamkan atau menghalalkan tahaluf sedia ada, tetapi satu penegasan tentang maqasid tahaluf, agar perbincangan ranting fekah tidak tersasar hingga kehilangan kompas maqasid.

Naib Presiden BERJASA
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button