Berita UtamaDunia

Serangan roket di pasar kambing Afghanistan korbankan 23 nyawa

Kerajaan, militan Taliban saling tuding jari siapa perlu dipersalahkan

KABUL, 6 Zulkaedah 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya 23 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera akibat tembakan roket di pasar ternakan hidup di wilayah Helmand selatan Afghanistan, hari ini, kata kerajaan dan pegawai Taliban.

Pihak yang berperang saling menyalahkan antara satu sama lain atas serangan di daerah Sangin itu, yang mana ratusan penduduk kampung dari daerah jiran berkumpul untuk memperdagangkan kambing biri-biri dan kambing.

Jurucakap Gabenor Helmand mendakwa, beberapa roket dilepaskan pemberontak Taliban mendarat berhampiran dengan pasar ternakan hidup, membunuh 23 orang awam termasuk kanak-kanak.

Sementara jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi mendakwa, tentera Afghanistan melepaskan beberapa bom mortar di rumah orang awam dan pasar ternakan hidup sekali gus membunuh puluhan penduduk kampung.

Sebahagian penduduk wilayah Helmand – kubu kuat Taliban – berkata, tembakan itu berlaku ketika pertempuran sengit antara militan Taliban dan pasukan keselamatan kerajaan di kawasan perumahan di sekitar pasar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close