Berita UtamaDunia

Imran Khan enggan tangguh perhimpunan besar-besaran seluruh negara

Mahu PM percepat pilihan raya selepas menang 6 kerusi DUN

ISLAMABAD, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak akan menangguhkan perhimpunan besar-besaran, sebaliknya menggesa pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Imran yang diguling April lalu sebelum ini telah mengadakan perhimpunan di seluruh negara, bagi memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Shehbaz Sharif untuk mengumumkan pilihan raya awal.

Bagaimanapun Sharif menegaskan pilihan raya umum hanya akan diadakan tepat pada masanya iaitu hujung 2023.

Ugutan Imran itu dibuat sehari selepas parti pimpinannya PTI memenangi enam daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri di Punjab yang disifatkan sebagai referendum di atas popularitinya.

“Anda masih mempunyai masa namun jangan musnahkan negara untuk selamatkan diri anda, ini adalah masa sesuai untuk mengumumkan pilihan raya,” katanya.

Julai lalu, prti PTI menyapu bersih pilihan raya kecil DUN Punjab.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Imran, Chaudhry Fawad Hussain menerusi Twitter berkata, hari ini mahkamah terbesar Pakistan – telah memberikan keputusan yang sebenar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button