Berita Utama

Lucut kerakyatan pihak biadab hina Jata Negara

Ultra kiasu tak sayang Malaysia hanya mahu kaut kekayaan negara

BANGI, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Kerakyatan pihak biadab menghina Jata Negara wajar dilucutkan bagi membendung dakyah subversif yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Bagi mereka, negara ini tiada nilai memandangkan sejarah bangsa pendatang yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu semuanya bertujuan mengaut kekayaan dan kemewahan yang ada, jauh sekali untuk mencintai negara, kata Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir.

“Sebab itu kita lihat agenda mereka memburukkan identiti negara, menghina bangsa Melayu dan menghina agama Islam sering berlaku melalui perbuatan, perkataan dalam pelbagai siaran media dan saluran komunikasi.

“Ianya melibatkan individu, organisasi dan parti-parti politik bergerak seiring memburukkan negara ini dan pemilik asalnya iaitu bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kepimpinan mereka secara jelas memuja tokoh-tokoh perjuangan negara asal mereka dan ideologi yang dibawa tokoh-tokoh itu. Pada masa sama mereka berusaha untuk menyebarkan ideologi negara asal mereka di Tanah Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ustaz Sharipudin berkata, tidak kira sama ada pendukung LTTE mahupun komunis yang kekal dengan perjuangan mereka, semuanya bercita-cita besar untuk menjadikan negara ini milik mereka dan mengaut kekayaan negara.

“Bangsa rasis ultra kiasu sebenarnya tidak menyayangi negara ini. Kedatangan mereka dahulu adalah bertujuan untuk menjarah harta dan merampas Tanah Melayu.

“Mereka tidak akan menanamkan semangat patriotik kepada keturunan dan zuriat mereka kerana bukan itu tujuan mereka datang dan menduduki Tanah Melayu sekelian lama.

“Bangsa rasis ini akan berbangga bila dapat menghina kepimpinan Melayu, jatuhkan maruah negara dan hina agama Islam. Sebab itu kita lihat setiap individu, organisasi dan parti politik mereka bergerak seiring ke arah itu dan ianya berterusan,” katanya.

Katanya lagi, pengaruh ini semakin berkembang kerana mereka dididik sedemikian bermula dari awal pendidikan yang dilalui oleh bangsa mereka.

Justeru beliau berkata, amat malang bila ada sekelompok manusia dari bangsa Melayu sama ada individu, organisasi atau parti politik sengaja membutakan hati dan mata memuji dan mempercayai bangsa rasis ultra kiasu ini dengan pelbagai pujian bertujuan meraih sokongan demi pangkat dan kuasa.

“Mereka cuba menutup keburukan bangsa rasis ini asalkan cita-cita politik keji dan buruk tercapai walaupun terpaksa menjual maruah diri, agama, bangsa dan negara.

“Bangsa rasis ultra kiasu akan merasakan satu kejayaan jika dapat menghina kepimpinan Melayu, hina agama Islam dan jatuhkan identiti negara ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka depan.

Difahamkan sebanyak 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung sebuah buku yang didakwa mereka menghina jata negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close