Berita Utama

Mansuh ketuanan Melayu agenda jahat putuskan ikatan bangsa, agama

Parti politik terutama UMNO manipulasi ketuanan Melayu demi sokongan

BANGI, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Tindakan jahat untuk memansuhkan ketuanan Melayu adalah agenda elit global yang mahu memutuskan setiap warga dunia dengan ikatan bangsa dan agama.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Lukman Al Hakim berkata, usaha jahat itu adalah bagi menjayakan agenda ‘New World Order’ mereka.

Walhal, ketuanan Melayu adalah sebuah konsep yang akan tetap relevan selagi bangsa Melayu wujud di atas muka bumi ini. 

“Ketuanan Melayu ialah konsep kedaulatan kerajaan Melayu di tanah air sendiri yang ditunjangi Islam, Melayu dan institusi raja. 

“Ia selari dengan konsep ketuanan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai kesalahfahaman terhadap ketuanan Melayu, Lukman menegaskan, ia langsung tidak sama dan jauh bertentangan dengan konsep ‘white supremacy’.

“White supremacy merupakan kefahaman rasis bahawa orang kulit putih adalah bangsa yang lebih mulia dan sepatutnya mendominasi bangsa-bangsa lain (terutama orang kulit hitam dan bangsa Yahudi),” katanya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, terdapat juga pihak yang sering memanipulasikan konsep ini demi kepentingan sendiri terutama parti politik seperti UMNO.

“Manipulasi ini dilakukan bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan juga golongan liberal demi merungkai kedaulatan dan kekuatan bangsa Melayu,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close