Berita Utama

Pereka grafik cuba pertahan rekaan kontroversi

Gesa pihak polis tahan pereka grafik hina Jata Negara

BANGI, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menempelak tindakan seorang pereka grafik yang seolah-olah mempertahankan hasil seni kulit muka hadapan buku kontroversi didakwa menghina Jata Negara.

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari menyifatkan tindakan itu sememangnya mempunyai niat tidak baik, apabila mendakwa hasil seni yang digunakan dalam kulit muka hadapan buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, adalah diambil daripada lukisan lama.

Individu berkenaan mendakwa, lukisan itu pernah dipamerkan dalam pameran seni terbuka untuk orang awam di sebuah galeri, di ibu negara pada 6 tahun lepas – 2014 – ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Lukisan berkenaan tak salah jika ia tidak dikaitkan dengan tajuk buku yang semestinya mengundang kontroversi, malah apa lagi boleh kita kaitkan nama Malaysia dan gambaran Jata Negara.

“Kepada individu yang cuba mempertahankan pereka grafik ini, jangan nak kaitkan lukisan dengan politik kotor anda,” tegasnya.

Tambahan pula, Cikgu Izzat menyifatkan sikap pereka grafik yang menghasilkan buku berkenaan sebagai jijik ,apabila menggunakan lukisan mirip Jata Negara dengan buku yang mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Kesal dengan perkara itu, beliau turut mendakwa bahawa penerbitan buku itu adalah malang kerana ia direka oleh pereka grafik ‘cap ayam’, yang mencelup idea reka corak kulit buku hasil daripada lukisan orang lain.

“Oleh kerana pereka grafik ini sedar akan kelibat lukisan yang mirip Jata Negara sejak 2014, tetapi tidak langsung berusaha melaporkan kepada pihak polis, malah mengambil kesempatan mengeksploitasi lukisan berkenaan.

“Dalam prinsip seni atau grafik, seseorang pereka perlu menghormati malah tidak mempergunakan hasil seni untuk tujuan menghina sesebuah negara dan menghina kedaulatan negara kecuali pereka ini adalah pereka lahir daripada YouTube,” katanya.

Lantaran itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menahan pereka grafik bagi buku berkenaan.

“… ini kerana dia tahu dan sedar akan kewujudan lukisan lama mirip Jata Negara dan dengan sengaja guna semula untuk dipadankan dengan tajuk,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button