Berita Utama

Salah guna Jata Persekutuan boleh didakwa Akta 414: JPM

Penerbit buku kontroversi mohon maaf, dakwa tiada niat hina lambang negara

BANGI, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Mana-mana pihak yang melanggar larangan penggunaan Jata Persekutuan boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah Akta 414 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 Seksyen 3 (1). 

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Malaysia memandang serius berhubung penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. 

Katanya, Seksyen 3 (1) Akta 414 menyatakan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis menteri. 

Jabatan itu berkata, ia termasuk mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion.

“Mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion atau menjual apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong;

“Mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam cap dagangan atau reka bentuk;

“… atau membuat bagi maksud jualan atau ada dalam miliknya untuk dijual apa-apa lambang ternyata,” kata jabatan itu. 

 Sebelum ini, buku suntingan penulis, Kean Wong tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen kerana mempamerkan logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan. 

Selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis menyiasat, penerbitnya tampil memohon maaf dan mendakwa kononnya tiada niat untuk menghina lambang negara itu. 

Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin mendakwa, imej pada kulit buku itu berasal daripada sebuah lukisan yang pernah dipamerkan di negara ini beberapa tahun lalu, dan penggunaannya diatur antara pelukis dan pengarang buku terbabit.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close