Berita Utama

Seludup migran: Tiga kumpulan jenayah terancang tumpas

Geng Otong aktif seludup migran sejak tahun 2014 hingga kini

KUALA LUMPUR, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Tiga kumpulan jenayah terancang terbesar di negara ini yang disyaki turut terlibat dalam penyeludupan migran dan samun berkumpulan tumpas dengan penahanan 111 ahli kumpulan itu.

Turut ditahan ialah ketua ketiga-tiga kumpulan itu, Geng Otong, Geng Halim dan Geng Husen Maungdaw.

Geng Otong diketua rakyat Indonesia dan aktif di Johor, manakala Geng Halim aktif di Perak dengan diketuai rakyat tempatan dan rakyat Rohingya mengetuai Geng Husen Maungdaw yang aktif di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, Geng Otong didapati aktif dalam penyeludupan migran sejak tahun 2014 sehingga kini.

“Geng itu diketuai lelaki Indonesia yang dikenali dengan panggilan Otong dengan keahlian dianggarkan 57 orang dan aktif dalam penyeludupan migran di kawasan perairan timur Johor,” katanya tanpa mendedahkan perincian operasi yang membawa kepada penahanan mereka. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close