Turki teruskan bantuan bayar gaji pekerja
Pegawai sektor pelancongan, bidang lain minta teruskan lagi 3 bulan

ANKARA, 8 Zulkaedah 1441H, Selasa – Turki meneruskan sistem sokongan membayar gaji pekerja selama satu bulan dalam usaha mengimbangi kejatuhan ekonomi akibat wabak COVID-19 serta penutupan beberapa sektor berkaitan.
Presiden, Recep Tayyip Erdogan berkata, bantuan wang tunai untuk keluarga berpendapatan rendah juga akan dilanjutkan lagi sebulan.
Setakat ini, katanya, 18 bilion lira (AS$2.6 bilion) telah dikeluarkan menerusi kedua-dua program berkenaan.
Gaji sokongan – yang sebahagiannya merangkumi gaji merkea yang bekerja secara formal yang waktu bekerjanya dipotong – akan berlanjutan hingga bulan Julai.
Ia mula berkuat kuasa pada bulan Mac sejurus selepas kes COVID-19 pertama dikenal pasti di Turki.
Beberapa pegawai di bidang pelancongan dan sektor lain mahu sistem ini diteruskan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.
Sebelum ini, Turki turut menawarkan penangguhan enam bulan tanpa faedah untuk pinjaman petani di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.
Jumlah kes COVID-19 di seluruh negara itu mencecah 197,239 dengan 5,097 kematian direkodkan setakat hari ini. – Agensi