Berita Utama

Banggalah dengan cara kerajaan kita tangani COVID-19

Tak perlu jadikan AS, China sebagai rujukan dalam kendali wabak

BANGI, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Malaysia tidak perlu menjadikan negara besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), China atau Korea sebagai rujukan kehidupan, khususnya berkaitan pengendalian wabak. 

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, rakyat Malaysia harus bersyukur dengan usaha kerajaan terutamanya dalam bab mengendalikan wabak pandemik COVID-19. 

Beliau berkata, AS adalah sebuah negara Barat yang memiliki organisasi dan institusi perubatan yang tercanggih di dunia.

“Namun mereka terpaksa berhempas pulas berhadapan dengan 40,000 kes baharu COVID-19 setiap hari, lebih 130,000 kematian dengan total kes COVID-19 telah pun melebihi 2.7 juta kes. 

“Sebaliknya, kita hari ini dikhabarkan bahawa Malaysia hanya mempunyai satu kes baharu COVID-19, total kematian 121 orang dan kadar kesembuhan melebihi 98.8 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah hari ini iaitu dengan hanya satu kes sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button