Berita Utama

COVID-19: Malaysia catat sejarah tiada penularan tempatan

Hanya satu kes baharu libatkan kes import jangkitan luar negara

PUTRAJAYA, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah pada hari ini iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

“Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button