Berita Utama

Muhyiddin dapat sokongan pimpinan parti PN

Perjumpaan ketua parti mendukung kerajaan PN diadakan hari ini

KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Pertemuan antara ketua parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) diadakan di Putrajaya, hari ini.

Media tempatan melaporkan, semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan bermuafakat memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Beberapa keping foto pertemuan itu dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Muhyiddin, hari ini,

Pemimpin yang hadir termasuk Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg (PBB) dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP).

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing (PDP); Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS),Tan Sri Dr James Jemut Masing (PRS); Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Kurup dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri Ketua Whip Kerajaan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button