Berita UtamaDunia

Pesakit sedang dibedah antara 19 korban letupan gas di Tehran

3 tong gas di aras bawah Pusat Kesihatan Sina tiba-tiba terbakar

TEHRAN, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Satu letupan yang berlaku di sebuah pusat kesihatan di ibu negara Iran mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 14 lagi cedera.

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas tiga tong gas meletup di aras bawah Pusat Kesihatan Sina At’har di Utara Tehran, semalam.

Beberapa unit tindakan kecemasan, termasuk ambulans dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian ketika asap kebakaran keluar dari bangunan.

Pegawai kesihatan memaklumkan, sekurang-kurangnya 19 terkorban dalam kejadian itu manakala 14 yang lain cedera, dengan laporan mengatakan mereka yang cedera segera dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Jabatan Bomba Tehran memberitahu TV negara bahawa, letupan itu berlaku apabila tong gas terbakar di ruang bawah tanah pusat perubatan.

Katanya, sebahagian mangsa berada di bilik pembedahan di tingkat atas, yang sama ada pesakit sedang dibedah atau mereka bersamanya.

“Malangnya mereka kehilangan nyawa kerana panas dan asap tebal,” katanya.

Jabatan itu turut menekankan bahawa kebakaran dapat dipadamkan dalam masa kurang dari dua jam. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close