Berita Utama

Politik Melayu perlu berubah, lihat kerjasama parti Cina

Parti Cina saling bersama demi bangsa, tolak sebarang pergaduhan

BANGI, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Siapakah pemimpin Melayu yang akan berjuang untuk agama, bangsa dan negara jika kebanyakannya saling bergaduh sesama sendiri untuk memenuhi nafsu tamak serta habuan kroni.

Sedangkan, MCA, DAP, Gerakan dan pertubuhan Cina di Malaysia saling bekerjasama demi masa depan pendidikan, ekonomi, budaya dan kuasa politik kaum itu di negara ini, dakwa Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. 

Kebimbangan itu diluahkan beliau susulan mengulas desakan parti berasaskan kaum, MCA supaya DAP mencalonkan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-2 bagi menggantikan calon asal, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

“Dalam akhbar bahasa Cina, Naib Presiden MCA mendesak agar DAP mencalonkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-2. 

“Telah saya tegaskan selama ini bahawa MCA, DAP, Gerakan dan pertubuhan-pertubuhan Cina di Malaysia sentiasa bekerjasama sesama mereka demi masa depan pendidikan, ekonomi, budaya dan kuasa politik bangsa Cina di Malaysia. 

“Pemimpin politik Melayu pula saling bergaduh sesama sendiri untuk memenuhi nafsu tamak dan habuan kroni sendiri,” dakwanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng menggesa DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen memberanikan diri mencalonkan Kit Siang bagi menzahirkan prinsip Malaysian Malaysia yang diperjuangkan parti tamak haloba itu. 

Teik Cheng turut mengingatkan DAP supaya berhenti memberi tumpuan sepenuhnya ‘membodek’ Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya mempunyai pendirian dan pendapat sendiri dalam pemilihan calon Perdana Menteri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button