Berita Utama

Angkara politik imej baik kempen BMF tercalar

PEMBELA bidas individu tuduh BMF bida'ah, menghasut perkauman

BANGI, 10 Zulkaedah 1441H, Khamis – Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Izzat Johari membidas kenyataan individu dikenali ssbagai Mohd Mukhlis Mohd Sharif yang menyifatkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) adalah hipokrit dan menghasut perkauman. 

Beliau turut menyelar kenyataan individu berkenaan kerana mengaitkan BMF dengan parti politik tertentu, selain menuduh kempen berkenaan sebagai bida’ah. 

“Musykil juga sebab dia ini pakai hukum mana kata kempen BMF ini bida’ah. 

“Apabila dia ini kata Rasulullah SAW bermuamalat dengan orang kafir itu benar, tetapi cubalah jangam ambil separuh-separuh sirah Nabi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Izzat mempersoalkan mengapa individu berkenaan tidak menyatakan mengenai kisah Rasulullah SAW menyeru umat Islam membuka pasar muslim ketika berdepan dengan pasar Yahudi di Madinah. 

“Dalam bab hukum, saya ini kurang arif tetapi saya akan berusaha belajar. Dalam kempen BMF, kita menyeru mengutamakan produk muslim atau keluaran muslim.

“Bukannya beli produk muslim sahaja. Kebanyakan orang macam dia ini akan kerap mengaitkan BMF dengan politik,” katanya. 

Beliau mengakui memang ada parti yang menganggap BMF adalah milik mereka sehingga imej kempen berkenaan tercalar. 

“Lebih malang sekali, parti ini rupanya penakut dengan MCA malah semasa membeli barangan bantuan, mereka beli di kedai-kedai kafir. Sebab itu orang macam dia kata BMF ini hipokrit. 

“Apa pun, janganlah nak marahkan parti politik terus menuduh kempen BMF ini hipokrit dan rasis,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button