Berita Utama

Jata Negara: DAP sifatkan ia isu kecil, jangan terlalu sensitif

ADUN DAP dakwa BN, PAS tak hormat hak kebebasan bersuara rakyat

BANGI, 10 Zulkaedah 1441H, Khamis – DAP dilihat seperti bersetuju dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mengubah suai Jata Negara apabila ‘membela’ mereka yang mencetuskan kontroversi berkenaan.

Ini setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong menggesa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) jangan membesarkan isu kecil dan terlalu sensitif terhadap karya seni yang tidak selari dengan pandangan sendiri lalu menindasnya menggunakan jentera kerajaan.

Menerusi kenyataan disiarkan media DAP – The Rocket – pada 30 Jun lalu, beliau turut mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) dan Pemuda PAS yang membesarkan isu tersebut dan memanupulasi emosi rakyat demi manfaat politik.

Yoke Kong mendakwa, tindakan tersebut mencerminkan kejahilan mereka tentang bidang seni sekali gus tidak menghormati hasil karya serta kebebasan bersuara.

“Hari ini rakyat terutamanya anak seni tempatan melihat kerajaan pimpinan PN tidak dapat bertolak ansur dengan satu karya seni kecil.

“Rakyat tertanya-tanya bagaimanakah kerajaan pimpinan PN boleh berbuat sebaliknya dengan melakukan keganasan putih pada masa yang sama menggalakkan anak seni tempatan berkarya dan mengekspresi kreativiti mereka dengan bebas?

“Kerajaan jelas bercadang menghasilkan karya seni bertaraf antarabangsa yang dapat menembusi pasaran luar negara, tetapi kini ianya kedengaran seperti hanya sebuah fantasi dan mimpi,” katanya sinis.

Sebelum ini, buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia suntingan penulis, Kean Wong tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen kerana mempamerkan logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Buku itu diharamkan Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa semalam.

Menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020, ia membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku berkenaan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close