Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 Sweden kini lepasi 70,000

Guna pendekatan lembut perangi wabak, tolak perintah berkurung

STOCKHOLM, 10 Zulkaedah 1441H, Khamis – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Sweden melepasi angka 70,000 pada hari ini, sementara kematian meningkat kepada 41 menjadikan jumlahnya 5,411.

Statistik agensi kesihatan pada hari Khamis menunjukkan negara itu mencatatkan 947 kes baharu menjadikan jumlah kes sebanyak 70,639.

Ujian yang diperluas telah menyaksikan kes baharu setiap hari melonjak sejak sebulan yang lalu, namun kematian dan kemasukan ke hospital telah menurun dari puncaknya pada April.

Sweden menggunakan pendekatan yang lebih lembut untuk memerangi coronavirus baharu, menolak perintah berkurung yang ketat dan meletakkan strategi pandemiknya dalam tumpuan antarabangsa.

Angka kematian Sweden berkali ganda lebih tinggi berbanding dengan jumlah penduduk daripada negara jiran, Nordi, di mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang lebih ketat, tetapi lebih rendah daripada di beberapa negara yang mengenakan perintah berkurung seperti Britain, Itali dan Sepanyol. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close