Dunia

158 kakitangan UNRWA terkorban di Gaza

Trak bantuan masuk wilayah terkepung masih gagal capai sasaran

ISTANBUL, 8 Syaaban 1445H, Ahad – Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian kakitangannya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang.

Dalam satu laporan, UNRWA menyatakan kebimbangan peningkatan serangan udara di selatan Rafah berisiko menghalang operasi kemanusiaan di bandar itu.

“Sehingga 15 Februari, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini adalah 158, meningkat dua sejak kemaskini terakhir UNRWA.

“Selain itu, hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Oktober,” katanya.

Agensi itu menegaskan, jumlah trak yang memasuki Gaza masih tidak mencapai sasaran 500 sehari, apatah lagi dengan kesukaran ketara untuk membawa bekalan melalui Karem Abu Salem dan Rafah.

Israel telah menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas pada Oktober dan membunuh sekurang-kurangnya 28,775 rakyat Palestin serta mencederakan 68,552 yang lain.

Peperangan Israel ke atas Gaza turut mendorong 85 peratus penduduk wilayah itu berpindah secara dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah rosak atau musnah.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button