Berita UtamaDunia

Palestin sokong Azerbaijan buka pejabat diplomatik di Palestin

Bayramov mahu Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Palestin

RAMALLAH,10 Ramadan 1444H, Sabtu – Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mengalu-alukan keputusan Azerbaijan yang berhasrat membuka pejabat diplomatik di Ramallah, tidak lama lagi.

Menurut kenyataan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama rakan sejawat, Jeyhun Bayramov yang berlangsung di ibu pejabat Kementerian Luar Palestin di Ramallah, Khamis lalu.

Kenyataan itu memetik Menteri Luar Azerbaijan sebagai berkata, negaranya akan membuka pejabat perwakilan diplomatik di Palestin tahun ini.

Riyad pada masa sama melihat keputusan membuka pejabat perwakilan akan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk kebudayaan, pelancongan, pendidik, pembangunan saintifik.

Selain itu, ia akan menyumbang kepada pengukuhan dan penyatuan hubungan antara kedua-dua hubungan dalam kepentingan bersama.

Malah, Riyad berharap tahap perwakilan akan diubah menjadi kedutaan selepas ini.

Katanya, Palestin dan Azerbaijan mempunyai hubungan kekeluargaan dan persahabatan dan rakyat mereka dikaitkan mempunyai nilai sejarah, agama yang sama.

Sementara itu, Bayramov mengesahkan pendirian negara menyokong penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button