Tweet fitnah ISMA tanpa usul periksa
ISMA bergerak atas prinsip, tak terikat mana-mana kepentingan
ISMA sebagai sebuah pergerakan Islam yang berdaftar dan bergerak menurut undang-undang negara sudah terbiasa dengan kritikan, teguran dan lemparan-lemparan persepsi dari segelintir masyarakat.
Sebagai seorang ahli ISMA, saya berpandangan bahawa semua di atas adalah perkara biasa dan sudah menjadi sepak terjang dalam perjuangannya.
Saya yakin bahawa ISMA mampu menghadapi rintangan-rintangan kecil ini kerana ISMA bergerak atas prinsip yang kukuh, tidak terikat dengan mana-mana kepentingan apatah lagi menjadi khadam kepada mana-mana parti politik atau agenda-agenda yang sesat.
Bagaimanapun, ada ketikanya ISMA perlu memberi amaran atau pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba memfitnahnya dengan tuduhan-tuduhan liar yang berniat jahat.
ISMA pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap Erik Paulsen, seorang peguam yang telah memfitnah ISMA melalui beberapa tweet yang boleh diikuti oleh puluhan ribu manusia di dunia maya.
Nama ISMA telah dibersihkan di dalam kes itu, tetapi ini tidak bermakna ISMA patut berdiam diri terhadap apa-apa percubaan lain untuk memfitnah ISMA.
ISMA sekali lagi menjadi sasaran tuduhan bersifat fitnah, kali ini di dunia Twitter pula.
Beberapa ‘screenshot’ dilampirkan di sini untuk perhatian para pembaca.
Kes 1.
Pada 1 Julai 2020, seorang pemegang akaun Twitter bernama Fahmi Reza @kuasasiswa menulis:
20 jam lalu, ISMA terbitkan satu berita di laman web mereka yg menuduh aku sebagai pereka grafik buku yg didakwa menghina Jata Negara. Mereka gesa PDRM utk tahan aku.
Aku bukan pereka grafik buku itu.
Apa tindakan yg aku boleh buat terhadap ISMA yg siarkan berita tak benar ni?
Bilangan pengikut 66 000 orang.
Kes 2
Pada 1 Julai 2020, seorang pemegang akaun Twitter bernama KEEM @keemmazni menulis:
“Saman sebab ISMA ni tak habis2 malukan agama dan kuat fitnah. Jangan bagi muka.”
Bilangan pengikut 9188 orang.
Kes 3.
Pada 2 Julai 2020, seorang pemegang akaun Twitter bernama Nika Mo@BentaraNikA menulis:
“ISMA Ni buat defamation and fitnah setiap 2 minggu LOL. Saman diorg sampai diorg serik!!!”
Bilangan pengikut 389 orang.
Tweet fitnah dari makhluk-makhluk Allah di atas telah diikuti oleh ratus, ribuan dan puluhan ribu pengikut masing-masing.
Pandangan saya sebagai seorang ahli ISMA ialah ISMA perlu memulakan prosiding undang-undang untuk menyaman makhluk-makhluk Allah di atas ini kerana telah membuat tuduhan bersifat fitnah ke atas pergerakan Islam ini.
Bagaimana pula pendapat para pembaca semua?
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Mohd Luttfi Abd Khalid
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.