Berita Utama

COVID-19: Malaysia masih catat 1 angka positif

Daripada 5 kes baharu, 3 kes import dapat jangkitan di luar negara

PUTRAJAYA, 11 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Malaysia mencatat jumlah kes positif COVID-19 satu angka sejak 29 Jun lepas, dengan hanya lima lagi kes baharu direkod hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada lima kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang media perkembangan wabak Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,648 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 81 kes.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah didiscaj daripada wad juga mengampiri 100 peratus, iaitu sebanyak 97.7 peratus atau bersamaan 8,446 kes termasuk sembilan lagi kes pulih hari ini, kata beliau. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close