Berita UtamaDunia

Polis Israel terus biadab serbu Dome of the Rock

Halang kerja penyelenggaraan elektrik

BAITULMAQDIS, 29 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Polis pendudukan negara haram Israel menyerbu Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) di Masjid al-Aqsa, dalam usaha menghalang kerja penyelenggaraan, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Laporan yang memetik sumber tempatan sebagai berkata, anggota polis cuba menghalang kerja penyelenggaraan elektrik yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pembinaan Semula di Dome of the Rock.

Katanya, pertengkaran berlaku antara pengarah Jawatankuasa Pembinaan Semula, Bassam Al-Hallaq dan polis mengancam untuk membawa beliau ke pusat tahanan di Baitulmaqdis.

Kira-kira 126 orang Yahudi Israel menyerbu Masjid al-Aqsa pada waktu pagi dan melakukan lawatan di halamannya, serta melakukan ritual keagamaan di bahagian timurnya, kata laporan itu.

Sejak pendudukan Baitulmaqdis pada tahun 1967, pihak berkuasa pendudukan mengawal kunci Pintu Mughrabi dan melaluinya penduduk Yahudi dan pihak berkuasa pendudukan haram melakukan pencerobohan setiap hari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button