Berita Utama

Kartel daging haram: Ini penipuan perniagaan golongan tamak

Segerakan tindakan tegas kartel tukar daging haram jadi halal

BANGI, 17 Rabiualkhir 1442H, Khamis – Tindakan tegas perlu disegerakan terhadap kartel yang menyeludup daging sejuk beku dengan memalsukan dokumen serta logo halal untuk pasaran di negara ini.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, tindakan itu adalah antara jenayah penipuan dalam perniagaan yang dilakukan oleh golongan tamak haloba.

“Ada kartel yang mengimport daging sejuk beku dari China, Ukraine, Argentina dan Brazil.

“Kemudian mereka bertindak jahat dengan membungkus semula bersama logo halal sebelum menjualnya ke seluruh Malaysia.

“Semoga kita selamat dari penipuan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, terbongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukrain, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal lalu menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku, dan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan untuk menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button