Berita Utama

Harga RON95, RON97, diesel turun

Penurunan sebanyak 4 sen bagi RON95, 97, manakala 2 sen diesel

KUALA LUMPUR, 11 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95 manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 10 Julai ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close