Berita UtamaPendapat

Kegembiraan mukmin ke masjid

Mukmin sentiasa terpaut dengan masjid dapat naungan hari akhirat

1. SEBAHAGIAN masjid telah pun mula dibuka sepenuhnya setelah melalui tempoh penutupan yang panjang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi orang beriman, pembukaan masjid ini adalah satu berita gembira buat mereka.

2. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menyifatkan bahawa lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid itu akan mendapat naungan di sisi Allah SWT pada hari yang tiada naungan di akhirat kelak.

3. Malah, mereka yang berjalan pada waktu gelap, semata-mata untuk ke masjid, maka Allah SWT akan menganugerahkan buat mereka cahaya yang sempurna menerangi di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

بشِّروا المشائين في الظُّلَمِ إِلى المسَاجِدِ بِالنور التَّامِّ يَوْمَ القِيامَةِ

“Sampaikan berita gembira buat mereka yang berjalan dalam kegelapan untuk ke masjid bahawa Allah akan mengurniakan cahaya yang sempurna buat mereka di akhirat kelak,” (Sahih – Abu Daud)

4. Atas dasar itu, beberapa tokoh pada zaman salafussoleh terdahulu sangat seronok, bahkan mengikat jiwa dan jasad mereka di masjid. Kata Sa’d ibn al-Musayyib:

ما أذن المؤذن منذ ثلاثين سنة إلا وأنا في المسجد

“Sepanjang 30 tahun (ini), tiada seorang muazzin yang melaungkan azan melainkan aku (telah) berada di masjid,” (Hilyah al-Awliya)

5. Begitu juga dengan al-Rabi’ ibn Khaytham, anak murid kepada Abdullah ibn Mas’ud yang memaksa dirinya untuk ke masjid biarpun dalam keadaan sakit kerana menjiwai arahan untuk ke masjid.

Semoga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang hatinya terpaut dengan masjid.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button