
PARIS, 11 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe membuka jalan untuk rombakan Kabinet apabila beliau mengemukakan perletakan jawatan hari ini yang diterima Presiden, Emmanuel Macron, kata Istana Elysee.
Tidak sebab yang diberikan dalam kenyataan pendek itu, namun rombakan Kabinet telah dijangka secara meluas selepas Macron berikrar menyelaras langkah baharu sebelum penggalnya yang berbaki dua tahun lagi.
Tidak ada petunjuk segera sama ada Philippe akan dilantik semula atau Macron akan memilih Perdana Menteri lain sehingga habis penggal.
Macron sebelum ini berjanji untuk ‘menemukan kembali’ dirinya setelah krisis coronavirus, dan ada spekulasi bahawa Presiden boleh mencari lebih banyak orientasi sosial untuk mengimbangi persepsi bahawa kerajaannya kini sangat properniagaan.
Dalam rombakan Kabinet Perancis, Perdana Menteri mengundurkan diri sebelum pelantikan Kabinet tetapi masih dapat dinamakan semula ke posisi itu.
Philippe akan terus berada dalam posisi sementara sehingga kerajaan baharu dilantik. – Agensi