Berita UtamaDunia

22 maut nahas bas-kereta api

Perdana Menteri Pakistan janji kaji operasi keselamatan kereta api

ISLAMABAD, 12 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh selepas kereta api penumpang merempuh bas yang membawa penganut Sikh di timur Pakistan, kata para pegawai.

Lima orang turut cedera dalam kemalangan berkenaan, berlaku di daerah Sheikhupura di daerah Punjab, kata seorang pegawai pemerintah Pakistan yang jabatannya mengawal ziarah Sikh, Imran Gondal.

Pegawai mengatakan bahawa penumpang datang dari kota barat laut Peshawar dan baru pulang dari kuil Nankana Sahib yang berpusat di Sheikupura ketika nahas berlaku.

Gondal berkata, jumlah kematian termasuk 20 penganut Sikh, pemandu dan pembantunya. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun adalah antara mereka yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerag, Ghazi Salahuddin memaklumkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran.

“Kereta api itu beroperasi tanpa pemandu sementara pemandu bas pula mengambil keputusan tergesa-gesa dengan memandu di atas trek kereta api,” kata jurucakap Kereta Api Pakistan, Quratul Ain kepada agensi berita AFP.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya telah mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan kemudahan dan rawatan bagi semua keluarga. Keseluruhan operasi keselamatan SOP kereta api akan segera dikaji,” katanya di Twitter.

Pakistan mempunyai banyak sejarah kemalangan membabitkan kereta api kerana infrastruktur yang teruk dan kekurangan standard keselamatan.

Pada bulan Februari, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh ketika kereta api bertembung dengan sebuah bas di wilayah selatan Sindh.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button