Berita Utama

250 ahli PKR cabang Ampang umum keluar parti, sokong PN

Hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim, perpecahan parti

KUALA LUMPUR, 12 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Sebanyak 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang termasuk pemimpin peringkat jawatankuasanya hari ini mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

D. Nallan, yang sebelum ini naib ketua PKR Cabang Ampang berkata,  mereka membuat keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta melihat senario pemecatan dan penggantungan ahli yang berat sebelah sehingga membawa kepada perpecahan parti.

Beliau mendakwa, kumpulan yang umum keluar parti hari ini termasuk 13 ahli jawatankuasa cabang, 12 ahli jawatankuasa Angkatan Muda dan sembilan jawatankuasa Wanita telah menyebabkan cabang berkenaan terbubar secara automatik.

“Apabila dua pertiga daripada jawatankuasa yang dipilih (keluar parti), kita ada kuasa untuk bubar PKR Cabang Ampang seperti mana termaktub dalam fasal perlembangaan parti,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Nallan berkata, kumpulan itu menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bergerak menggunakan platform baharu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pengerak Komuniti Negara, Nation of Women (NOW) dan Pemuda Negara. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close