Berita Utama

9 warga asing ditahan dalam Operasi Benteng

Sebanyak 35,704 kenderaan diperiksa terutama di lorong tikus

BANGI, 12 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakon berkata, operasi itu turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi menyekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan COVID-19.

Beliau berkata, di dalam operasi itu, sebanyak 35,704 kenderaan telah diperiksa terutamanya di lorong-lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menahan 9 warga asing kerana kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong-lorong tikus,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button