Berita UtamaDunia

Austria didesak ambil tindakan terhadap rancangan jahat Israel

Kumpulan pro-Palestin terus beri tekanan kepada pemerintah

VIENNA, 12 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Kumpulan pro-Palestin di Vienna meminta pemerintah Austria mengambil tindakan terhadap rancangan jahat rejim pengganas Israel untuk mengilhakkan wilayah yang diduduki di Tebing Barat.

Rancangan ilhak oleh negara haram – adalah sebahagian daripada cadangan yang ditaja negara pembuli Amerika Syarikat (AS), didakwa membuka jalan kepada Israel untuk memperluaskan penjajahannya di wilayah Tebing Barat yang dianggap sebagai penempatan haram menurut undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan Israel telah mendapat kecaman yang meluas daripada organisasi hak asasi manusia dan pemerintah di seluruh dunia.

Menteri Luar Negeri Austria, Alexander Schallenberg mengatakan kedudukan negara itu jelas bahawa perluasan wilayah secara sepihak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kebanyakan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Namun, pendirian yang dinyatakan menteri itu sangat bertentangan dengan tindakan sebenar yang diambil oleh Austria dalam menyekat resolusi EU terhadap rancangan penggabungan Israel.

Kempen kumpulan pro-Palestin mengatakan bahawa pendekatan yang nampaknya bertentangan itu bukan suatu yang mengejutkan mereka.

Baru-baru ini, Parlimen Austria memilih untuk melarang pembiayaan rasmi gerakan ‘Boycott, Divestment and Sanctions’, yang dikenali sebagai BDS yang berkempen menentang aparteid Israel.

Para penyokong kempen mengatakan bahawa mereka akan terus berusaha untuk menyuarakan pandangan umum dan memberi tekanan kepada pemerintah untuk mengambil tindakan terhadap keputusan rejim Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button