Kashmir terpaksa berdepan COVID-19, keganasan serentak
229 pembunuhan, 55 kali sekatan internet, pemusnahan harta benda
SRINAGAR, 12 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Keganasan di Kashmir terus berlanjutan, meskipun wabak pandemik COVID-19 terus melanda secara global.
Organisasi Koalisi Masyarakat Jammu dan Kashmir di Kashmir mendedahkan, sebanyak 229 pembunuhan, lebih 100 operasi ketenteraan, 55 kali sekatan perkhidmatan internet serta pemusnahan harta benda dan infrastruktur dilakukan di lembah Kashmir, sehingga enam bulan pertama tahun ini.
Sejak awal tahun ini, lebih daripada 110 anggota tentera telah terbunuh di Kashmir ketika operasi antimilitan dilakukan oleh kerajaan New Delhi.
Operasi antimilitan dilakukan bagi menyeragamkan semua pakaian anggota tentera pada akhir tahun ini.
Meskipun India mengambil tindakan keras bagi menangani sentimen anti-India, namun penduduk Kashmir tidak tunduk akan kekejaman itu apabila tetap memutuskan untuk menentang rejim India.
Menurut angka rasmi, seramai 139 orang telah bergabung dengan kumpulan pejuang pro-kebebasan pada tahun 2019.
Setelah New Delhi membatalkan status khas Kashmir pada Ogos 2019, orang ramai membantah keputusan itu dengan berkurung di rumah.
Bagaimanapun, New Delhi memberi alasan kononnya keputusan berkenaan bagi membawa pembangunan dan kemakmuran di rantau itu. -Agensi