Berita UtamaDunia

80 mati serangan antara rejim Syria-pengganas Daesh

Daesh kekalkan kubu di Syria barat, lakukan serangan berkala

ALEPPO, 13 Zulkaedah 1441H, Ahad – Pertempuran sengit berlaku antara tentera rejim Syria dan sisa-sisa kumpulan pengganas Daesh Takfiri di wilayah tengah Homs.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpusat di UK menerusi laporan mengatakan, rejim Syria yang disokong sekutunya, Russia bertempur dengan pengganas Daesh di gurun al-Sukhna di timur Homs selama dua hari. 

Dakam pertempuran itu, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh termasuk 30 pengganas dan 18 tentera pemerintah, yang disokong oleh serangan udara Syria dan Russia.

Menurut laporan berkenaan, pertempuran tercetus selepas pengganas melancarkan serangan terancang di beberapa kubu pemerintah sekitar bandar Sukhna.

Daesh, yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan di Syria dan Iraq telah dikalahkan sepenuhnya sebelum ini dan mereka kehilangan hampir semua pengikut.

Maka, mereka terus kekal berada di Syria barat walaupun kehilangan kubu terakhir mereka tahun lalu. Mereka melakukan serangan berkala terhadap pasukan pemerintah.

Seorang pemimpin Organisasi Badr Iraq mengatakan pasukan Amerika Syarikat telah memindahkan pengganas Daesh dari Syria ke Iraq.

 Jet-jet Russia telah melakukan serangan udara terhadap sasaran-sasaran milik Daesh dan pasukan pengganas lain di Syria atas permintaan rasmi pemerintah Damsyik sejak September 2015.

Serangan udara telah membantu pasukan Syria melawan militan anti-Damsyik, yang telah menimbulkan kekacauan di negara Arab sejak 2011. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close