Berita Utama

Gesa lucut kerakyatan penghina Jata Negara, hukuman paling adil!

Sampai bila kita nak berlembut dengan jenis biadab begini?

BANGI, 13 Zulkaedah 1441H, Ahad – Walaupun kerajaan telah mengharamkan buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia, mana-mana pihak yang terbabit dengan kulit muka hadapan buku berkenaan tetap mesti didakwa atas perbuatan menghina Jata Negara.

Hukuman yang dikenakan harus setimpal – seperti gesaan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah supaya kerajaan melucut kerakyatan pelaku – kerana itu sahaja cara untuk mengajar dan memastikan insiden sama tidak berulang.

Katanya, tindakan mesti dikenakan juga terhadap semua pihak yang terbabit dengan penerbitan buku termasuk penerbit, editor, penulis dan pencetak.

Perlu diingat, perbuatan menghina Jata Negara lebih hina daripada menterbalikkan bendera kebangsaan, katanya

Pengguna Facebook, Delima April bersetuju dengan cadangan Prof Ridhuan Tee dan mahukan pelaku yang menghina Jata Negara dikenakan hukuman berat.

Katanya, hukuman itu penting supaya menjadi pengajaran kepada individu-individu yang bersikap talam dua muka di tanah air ini.

“…tak hormat tempat mereka membesar. Belajar, cari makan dan hidup selesa. Buat salah dan minta maaf. Sampai bila nak berlembut dengan jenis yang biadab macam ini,” soalnya kesal.

Bimbang dengan perkara itu, pengguna Lia Ersa tidak menolak kemungkinan perkara lebih buruk bakal terjadi sekiranya tiada tindakan diambil ke atas penghina Jata Negara.

“Mereka bukan bayi kecil yang tidak tahu apa-apa. Jika tidak diambil tindakan, mungkin akan ada propaganda lain diciptanya. Golongan ini umpama racun, kalau simpan lama-lama tanpa tindakan tegas.

“Wallahualam, moga Allah lindung Malaysia dari golongan pelampau, liberal, sekular, pluralisme, yang hidup bertuhankan nafsu hingga hilang ketamadunan fitrah manusia, “ katanya.

Bukan itu sahaja, Hafni Hj Tamin dalam tulisannya berkata, penghinaan ke atas negara bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini Jalur Gemilang, bahasa kebangsaan, agama rasmi Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong turut menjadi mangsa individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Buat dulu, lepas tu senang-senang minta maaf. Kerajaan kena tegas, orang-orang macam ini lucutkan sahaja kerakyatannya. Ada pun tidak menguntungkan negara,” tegasnya.

Berpendapat sama, Aizat Abdul Rashid berkata: “Pasang bendera terbalik minta maaf. Pasang bendera yang bukan Jalur Gemilang minta maaf. Ini Jata Negara dipermainkan nak minta maaf juga?

“Cukup-cukup. Maruah negara diambil mudah dan diperlekehkan. Mereka semua ini harus dan wajib dihukum sekeras-kerasnya agar tahu menghormati negara kita yang kita yang tercinta.

“Biar hukuman itu menjadi pengajaran kepada mereka yang berniat kurang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ketuanan orang Melayu. Berikan pengajaran dan hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button