Berita UtamaDunia

Pendatang dalam kapal di Laut Mediterranean cuba bunuh diri

Kesihatan mental makin merosot hingga ancam nyawa orang lain

MEDDITERANEAN, 13 Zulkaedah 1441H, Ahad – Enam pendatang dalam kapal penyelamat di Laut Mediterranean cuba membunuh diri manakala yang lain bertengkar dan mengancam sesama penumpang dan anak kapal kerana semakin putus asa kerana belum menemui negara yang bersedia membawa mereka masuk.

SOS Mediterranee, yang menguruskan Ocean Viking, dalam satu kenyataan berkata, kapal yang membawa 180 migran mengisytiharkan darurat ekoran keadaan yang semakin buruk  selepas kru membuat permohonan untuk berlabuh di pelabuhan yang selamat.

“Ini perkara yang belum pernah terjadi dalam sejarah SOS Mediterranee, berlaku buat pertama kali kerana kemerosotan kesihatan mental beberapa mangsa yang terselamat, termasuk 44 yang lain.

“44 orang ini mental mereka dalam keadaan tertekan, bahaya pada diri mereka sendiri dan orang lain, termasuk anggota kru, malah menyatakan idea mereka menyebut untuk bunuh diri,” kata badan amal itu. 

Pada masa sama, pihaknya telah mengajukan tujuh permohonan bagi mendapat keizinan memasuki sebuah pelabuhan.

Bagaimanapun, respon negatif diterima dari Itali dan Malta untuk permohonan pertama, dan tidak ada balasan terhadap enam permintaan berikutnya.

Sementara itu, Itali pula membalas dengan memberikan nombor telefon pakar psikologi, kata kumpulan itu.

Para pendatang diselamatkan oleh kapal penyeludup di Laut Tengah dalam empat operasi antara 25 Jun dan 30 Jun.

SOS Mediterranee mengatakan operasi pertama dilakukan di perairan antarabangsa di Itali dan Malta. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button