Berita Utama

Rakyat ambil pengajaran tipu daya kempen PH PRU14: BERJASA

PH ambil jalan selamat tak letak calon di Chini, tahu mesti kalah teruk

BANGI, 13 Zulkaedah 1441H, Ahad – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, semalam sudah dapat dijangka ramai pihak.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti besar 12,650 undi.

Calonnya, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing memperoleh 1,222 dan 137 undi.

Mengulas situasi PRK kali ini, Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), Abdul Aziz Sardan berkata, kemenangan BN adalah bukti kesepaduan orang Melayu dan Islam semakin kuat selepas serik dengan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat mengambil pengajaran tipu daya kempen Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Selama 22 bulan PH memerintah dengan dikuasai parti tamak haloba DAP, sehingga membuat rakyat kecewa dan merana,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 

Beliau tidak menolak kemungkinan atas sebab itu PH mengambil jalan selamat untuk tidak meletakkan calon di PRK Chini.

“Sekiranya PH bertanding sudah tentu akan kalah teruk dan semakin tercalar imej buruknya,” katanya.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close