Berita UtamaDunia

COVID-19 meningkat, Palestin lanjut tempoh darurat

4,250 jangkitan disahkan dengan 17 kematian dicatat

BAITULMAQDIS, 14 Zulkaedah 1441H, Isnin – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan tempoh lanjutan darurat selama 30 hari untuk membendung penyebaran wabak coronavirus, lapor Anadolu.

Langkah itu dilaksanakan ketika wilayah Palestin menyaksikan peningkatan jangkitan virus dalam beberapa hari ini.

“Pihak berkuasa yang berkaitan harus terus mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghadapi bahaya akibat koronavirus, melindungi kesihatan masyarakat dan mencapai keamanan dan kestabilan,” kata pejabat berita rasmi Wafa.

Abbas mengisytiharkan keadaan darurat di wilayah Palestin untuk pertama kalinya pada 3 Mac lalu untuk memerangi wabak itu.

Pihak berkuasa Palestin setakat ini mengesahkan 4,250 jangkitan virus, termasuk 17 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close