Berita Utama

Shabudin Yahaya kini Timbalan Menteri JPM

Istiadat angkat sumpah jawatan akan diadakan hari ini

PUTRAJAYA, 14 Zulkaedah 1441H, Isnin – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Shabudin mengambil alih portfolio Datuk Eddin Syazlee Sith yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya susulan perletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Katanya, pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.

“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini, 6 Julai 2020,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button