Berita UtamaDunia

Tarik perintah berkurung, COVID-19 kembali ancam Arab Saudi, UAE

Langkah buka kembali ekonomi turut diaplikasi negara Teluk lain

RIYADH, 14 Zulkaedah 1441H, Isnin – Jumlah jangkitan COVID-19 di Arab Saudi meningkat sebanyak 200,000 kes, manakala negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai 50,000 kes.

Reuters melaporkan, peningkatan kes itu disebabkan oleh negara-negara Arab menarik semula perintah berkurung pada bulan lalu.

Kelonggaran sekatan di kedua-dua buah negara membolehkan perniagaan beroperasi, selain pembukaan semula kawasan awam.

Masalah berlaku apabila tindakan berkenaan turut diaplikasikan oleh negara-negara Teluk yang lain.

Arab Saudi adalah negara Teluk paling terjejas akibat COVID-19, apabila mencatatkan lebih 4,100 kes pada Jumaat dan Sabtu lalu – menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 205,929 kes dengan 1,858 kematian.

Sementara itu, UAE mencatatkan lebih daripada 600 kes pada Jumaat dan lebih 700 kes pada Sabtu lalu, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 50,857 kes dengan 321 kematian.

Pusat perniagaan dan pelancong di Dubai akan dibuka semula kepada pelancong asing pada esok, meskipun ia belum dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Qatar muncul sebagai negara Teluk kedua paling teruk terjejas akibat COVID-19, apabila mencatatkan hampir 100,000 kes secara keseluruhan.

Malah, Menteri Kesihatan Oman pada Khamis lalu memberi amaran, terdapat peningkatan kes dalam enam minggu terakhir ini, selain menggesa orang ramai supaya mematuhi langkah-langkah kesihatan.

Iran yang muncul sebagai pusat penularan COVID-19 di Timur Tengah merekodkan sebanyak 237, 878 kes dan 11,408 kematian sehingga Sabtu lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close