Berita UtamaDunia

Wabak bubonik dari China membunuh dalam 24 jam

Dua beradik sah dijangkiti selepas makan tupai marmot

BEIJING, 14 Zulkaedah 1441H, Isnin – Masyarakat dunia kini perlu berhadapan dengan penyakit baharu, meskipun wabak COVID-19 masih belum berhenti menular.

Hal ini kerana, pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran mengenai wabak bubonik selain melarang memakan haiwan tertentu.

Amaran berkenaan dikeluarkan susulan terdapat dua kes jangkitan wabak itu yang dikesan di sebuah bandar di Utara China pada Ahad.

Media tempatan Xianhua pada 1 Julai lalu melaporkan, terdapat dua pesakit disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di Barat Mongolia.

Pesakit yang masing-masing berusia 17 serta 27 tahun disahkan positif, setelah melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua buah hospital.

Difahamkan, mereka yang juga adik-beradik dijangkiti wabak berkenaan selepas menikmati marmot.

Marmot adalah haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.

Pada masa sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui kutu yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bakteria berkenaan mampu membunuh dalam tempoh 24 jam sekiranya tidak ada sebarang rawatan.

Sebelum ini, seramai dua individu pada tahun lalu, yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut setelah didapati memakan daging marmot mentah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close