Berita Utama

DAP tak pernah berubah, Tun M mungkin sudah fasa nyanyuk

Percaturan Tun tidak lagi beri erti dalam landskap politik

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 15 Zulkaedah 1441H, Selasa – Parti tamak haloba DAP tidak pernah berubah kerana agendanya tetap sama untuk melemahkan orang Melayu dan meletakkan kepentingan bangsanya lebih utama di negara ini.

Walapun Tun Dr Mahathir mempertahankan parti rasis berkenaan, kononnya sudah berubah, Pengerusi BERJASA Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim yakin itu hanya kenyataan untuk mengambil hati.

Hakikat sebenarnya, bukan DAP yang berubah sebaliknya Dr Mahathir sendiri yang jauh berubah dan tersasar dari agenda asal.

“Bahkan kerana strategi bekas Perdana Menteri itu kerusi DAP semakin bertambah. Penyusunan semula kawasan Parlimen akhirnya memberi keuntungan kepada DAP.

“Dr Mahathir semakin tidak dipedulikan lagi, maka cara untuk mendapatkan kawan politik, maka beliau terpaksa ‘membersihkan’ DAP,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa, DAP sudah banyak berubah berbanding era semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat dan Presiden UMNO.

Dakwanya, berbanding DAP yang ‘sangat Cina’ dulu, DAP kini mampu memenangi kerusi walaupun meletakkan orang Melayu sebagai calon.

Membidas lagi, Ustaz Zamani berkata, seluruh pimpinan parti parti politik, para akademik dan rakyat melihat bahawa Dr Mahathir telah berubah jauh dan tidak lagi berfikir dan bertindak seperti seorang negarawan.

Bahkan katanya, sangat sesuai dikatakan bahawa Dr Mahathir sudah masuk fasa nyanyuk.

“Nasihat saya kepada Dr Mahathir ialah sudah-sudahlah berpolitik. Zaman Dr Mahathir sudah berakhir dan segala percaturan beliau tidak memberi apa-apa erti lagi dalam landskap politik tanah air.

“Malaysia sebenarnya tidak perlu lagi kepada Dr Mahathir dan ada baiknya beliau mencari persediaan diri untuk diri sendiri,” katanya.

Ketika PH memerintah, DAP antara parti yang kuat mendesak Dr Mahathir menunaikan janji peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, setelah PH tumbang – akibat tindakan sendiri – DAP kemudiannya bertukar pendirian dan kononnya kekal menyokong Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

DAP pernah membentuk kerjasama politik dengan PAS dan PKR menerusi Pakatan Rakyat. Selepas PR dibubar, PKR dan DAP bekerjasama dengan dua parti serpihan daripada UMNO dan PAS iaitu Bersatu serta PAN di dalam PH.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button