Berita Utama

Kes pulih hampir 98 peratus

Tiada kematian 23 hari berturut-turut, kekal 121 orang

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1441H, Selasa – Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah kes yang sembuh terus meningkat kepada 8,481 atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Lebih memberangsangkan, hari ini juga tidak ada kes kematian dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah maut akibat wabak itu, kekal 121 kes untuk 23 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini terdapat lima kes sembuh dan hanya enam kes baharu, dilaporkan.

“Enam kes baharu dilaporkan, ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 72 kes.

“Bagi kes baharu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala dua kes penularan di dalam negara. Semua kes baharu adalah warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close