Peneroka haram Israel makin kerap serang penduduk Palestin
Keganasan meningkat selepas penduduk ambil alih semula tanah
SALFIT, 15 Zulkaedah 1441H, Selasa – Penduduk Palestin melakukan demonstrasi di perkampungan Bidya di utara Tebing Barat selepas peneroka haram Israel menembak dan mencederakan dua penduduk tempatan minggu lalu.
Ketua Jawatankuasa Penempatan dan Penentangan Tembok, Walid Assaf berkata, tunjuk perasaan itu dilakukan berdasarkan peningkatan serangan peneroka haram terhadap penduduk Palestin di kawasan itu.
Beliau berkata, peneroka Israel telah kerap melakukan serangan selepas penduduk merebut kembali tanah yang diambil alih oleh mereka.
Tindakan itu sekali gus menggambarkan peneroka telah memalsukan dokumen untuk mengambil alih tanah Palestin bagi mengembangkan lagi pendudukan haram.
Aktivis Fatah, Abdul Sattar Awad berkata, bantahan itu sebagai tindak balas terhadap keganasan penduduk haram di kawasan itu.
Pada masa sama, ia juga kerana serangan serta tembakan mereka terhadap petani tempatan minggu lalu yang mengakibatkan dua orang cedera.
Bidya yang terletak di Salfit merupakan salah satu kawasan penempatan haram Yahudi yang terbesar. – Agensi