Berita Utama

Polis akan panggil Al Jazeera

Akta Hasutan, Kanun Keseksaan diteliti selepas soalan dijawab

BANGI, 15 Zulkaedah 1441H, Selasa – Polis akan memanggil wartawan Al-Jazeera dan agensi berita antarabangsa itu yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan itu bagi melengkapkan siasatan selepas menerima beberapa laporan polis berhubung isu berkenaan.

“Akan dipanggil dalam masa terdekat, lagi cepat kita selesaikan lagi bagus,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Abdul Hamid turut memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti beberapa akta termasuk Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan berhubung siasatan itu.

“Kita akan lihat beberapa undang-undang di bawah akta berkenaan selepas dia menjawab soalan,” katanya.

Sebelum ini, agensi berita yang berpangkalan di Qatar itu mengundang kemarahan rakyat negara ini selepas menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia mengambil langkah memerangi pandemik COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close