Berita UtamaDunia

Cuba lebarkan kuasa, Zionis usir nelayan Arab di Jaffa

Bertindak biadab merosakkan kapal, jaring punca pendapatan

BAITULMAQDIS, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Kekejaman rejim pengganas Israel tiada penghujungnya apabila berterusan menindas bangsa lain termasuk orang Arab.

Terbaharu, pelabuhan di bawah pentadbiran rejim Zionis yang menjadi punca pendapatan nelayan Arab di Jaffa, diganggu apabila dengan sengaja merosakkan jaring dan kapal milik mereka.

Tindakan biadab itu dilakukan bagi menghalau nelayan berkenaan keluar dari rumah mereka yang dibangunkan sejak tahun 1948.

Nelayan Arab tersebut merupakan saki-baki keluarga yang tidak melarikan diri ketika berlakunya tragedi Al-Nakba (tragedi pelarian Palestin).

Pada masa sama, penduduk Arab yang berpihak kepada para nelayan telah melemahkan usaha Tel Aviv untuk membangunkan kawasan pelabuhan itu.

Tunjuk perasaan yang dilakukan telah menutup jalan ke pelabuhan, selain petisyen sudah dilancarkan bagi mendesak rejim Zionis untuk menghentikan menindasan berkenaan.

Ketua jawatankuasa nelayan, Sa’do Zeinab berkata, pentadbiran pelabuhan yang bertindak membuang jaring telah mengecewakan para nelayan.

“Mereka berpendapat bahawa sudah tiada gunanya lagi untuk menangkap ikan.

“Konflik yang berlaku adalah bagi mengusir para nelayan bagi menghapuskan identiti Arab di pelabuhan,” katanya.

Sa’do berkata, para nelayan juga sedang merancang untuk meningkatkan bantahan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close