Berita UtamaDunia

Dinafi hak perubatan, Israel ‘bunuh’ tahanan Palestin

Keluarga dakwa berlaku kecuaian perubatan oleh pihak penjara

TEBING BARAT, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Seorang rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel meninggal dunia akibat ‘kecuaian perubatan’, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Pusat Tahanan dan Bekas Tahanan Handala dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Saadi Al-Gharably, 75, meninggal dunia di pusat perubatan Assaf Harofeh setelah kesihatannya merosot.

Saadi dari Semenanjung Gaza, ditangkap tentera Israel pada tahun 1994 dan ditahan di penjara sehingga tahun 2006, pada masa itu beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Menurut NGO itu, tahanan berkenaan menderita kanser prostat, diabetes dan menuduh pihak berkuasa penjara menolak untuk memberikan rawatan perubatan kepadanya.

Selain itu, keluarga mangsa turut menuduh pihak berkuasa Israel melakukan kecuaian.

Sehingga kini tidak ada sebarang komen dari pihak berkuasa penjara berkenaan kematian itu.

Kira-kira 222 tahanan Palestin dilaporkan meninggal dunia di penjara Israel sejak 1967 – lima daripadanya pada tahun ini.

Lebih daripada 5,500 rakyat Palestin kini dipenjarakan di seluruh Israel, menurut angka rasmi Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button