Berita UtamaDunia

Lebih 145,000 penduduk di Jepun pindah akibat banjir

23 hospital terjejas, gangguan bekalan air dan elektrik

TOKYO, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Lebih 145,000 penduduk di wilayah Kyoto dan Nagano di pulau Honshu dipindahkan dan amaran berpindah juga dikeluarkan di empat wilayah lain selepas hujan lebat melanda bahagian tengah Jepun.

Menurut agensi berita Sputnik – memetik NHK pada Rabu – amaran untuk berpindah itu dikeluarkan di wilayah Fukushima, Miyagi, Osaka dan Shiga.

Jepun dilanda banjir dan tanah runtuh sejak Sabtu. Hujan lebat bermula di bahagian barat daya negara itu, menyaksikan sekurang-kurangnya 57 orang maut sebelum melanda bahagian timur dan tengah.

Kementerian Kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 23 hospital terjejas selain menyebabkan gangguan bekalan air dan elektrik.

Sekurang-kurangnya 28 pusat jagaan, 24 taska dan lima kemudahan orang kurang upaya turut mengalami kerosakan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button