Berita Utama

Orang Melayu kini dipermainkan MCA, DAP

Kedua-dua parti saling bantah usaha tegak syiar Islam

BANGI, 16 Zulkaedah 1441H, Rabu – Orang Melayu Islam di negara ini sedang dipermainkan oleh parti perkauman MCA dan DAP, dakwa Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA, Hazwan Mohamad.

Hazwan berkata, perkara itu dibuktikan apabila DAP cuba membantah polisi pengasingan tempat duduk dipanggung wayang digubal oleh PAS di Terengganu.

Malah, katanya, tindakan sama turut dilakukan oleh MCA yang membantah cadangan untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

“Tetapi, (hakikatnya) kedua-duanya berjuang untuk satu matlamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sebuah panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square melaksanakan, zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga.

Tindakan itu mendapat kritikan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang meminta Putrajaya campur tangan dalam urusan kerajaan Terengganu supaya membatalkan arahan berkenaan.

Kritikan berkenaan mendapat perhatian Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Terengganu, Kamarul Azizan Abd Raman yang menyifatkan, gesaan Kor Ming sebagai dangkal dan tergesa-gesa.

Katanya, tuduhan dibuat tanpa meneliti terlebih dahulu Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri berkenaan.

Kamarul Azizan berata, berdasarkan garis panduan itu, terdapat subtopik khusus mengenai pelaksanaan terhadap golongan bukan Islam, di mana mereka tidak dipaksa mengikut kebudayaan Islam, sebaliknya digalakkan untuk turut meraikannya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button